Kasut sepak takraw Nanyang made in Thailand ini memang kasut takraw yang terbaik pernah aku pakai. Kasut ini bagi aku sesuai untuk semua posisi sama ada tekong, killer atau feeder. Seingat aku masa budak-budak dulu kasut takraw yang selalu aku pakai ialah Bata Badminton Master, Panda dan Carefree. Ada lagi ke kasut Panda dan Carefree ni
Masa sekolah menengah pula aku selalu pakai kasut Fung Keong dan Pallas Jazz. Masa kat U pula all the time aku pakai kasut Warrior tapak merah buatan China.
Kasut Warrior dulu memang payah nak cari, tapi sekarang dah bercambah dan harga pun mahal. Dulu aku beli dalam range RM18-19 je, tapi sekarang harga nak cecah RM30.
Semalam kawan-kawan aku dapat kasut Nanyang yang depa order dengan seorang kawan yang balik Thailand. Harga RM40. Setakat hari ini aku dengar juga rungutan-rungutan kata kasut tu tak best. Tapi bagi aku ia still suit dengan aku berbanding kasut Warrior. Kasut Nanyang pun tapaknya susah nak haus berbanding Warrior. Kasut yang aku pakai usianya dah 2 tahun tapi masih bertahan. Hohoho!








Na oder cam na erh ??
salam ..
bagaimana jika saya berminat nak dapat kan sepasang kasut jenama NANYANG..
berapa kah harga nya.. bole ke di hantar melalui POS Malaysia???
sekian
Cuba cari di Mudah.my tp harganya agak mahal. Saya kirim pada kawan2 yang pergi Padang Besar atau Rantau Panjang.
Maaf. Saya bukan supplier. Cuba cari di Mudah.my, ada orang Kelantan jual kat situ.
Saya jual kasut nanyang dan breaker 0122468165
saya jual kasut nanyang kasut sepak takraw just pegi ke fb sepak takraw shoes,jgn lupa like ye..nak order just contact me 0109672560